MENYAMBUT KELAHIRAN
PENGALAMAN BERHARGA
Assalammualaikum wbth....khas buat pembaca semua hari ini.Today saya nak cerita tentang pengalaman rezeki di subuh hari.Jam 4.45 pagi 31 MAY 2015 tadi saya telah dikejutkan dengan panggilan seorang jiran meminta pertolongan yang mangatakan ada seorang ibu sedang melahirkan seorang bayi secara normal.Apalagi...terkejut dengan berita itu saya pun dengan sepantas kilat bersiap(dengan x sempat mandi) terus bergegas ke rumah ibu itu.Setiba sahaja saya sampai ibu itu masih meneran kesakitan untuk kelahiran,memang ALLAH SWT MAHA KUASA...saya cuba membantu ibu itu melahirkan kerana tidak sempat untuk ke hospital.Kepala bayi telah nampak dan semakin hampir untuk bersalin.
Syukur Alhamdulillah... ALLAH SWT beri saya kekuatan membantu agar siibu dan anak selamat dilahirkan tanpa sebarang masalah.Saya cuba selamatkan bayi dahulu dan kemudiannya secara perlahan saya urut perut siibu secara perlahan untuk mengeluarkan darah beku dan paling pentingnya urinya.Untuk pengetahuan semua setelah melahirkan bayi diluar kawasan hospital JANGAN SESEKALI MEMOTONG TALI PUSAT BAYI kerana pihak hospital tidak akan mengiktirafkan kelahiran bayi tersebut.
TALI PUSAT
DARAH BEKU
KESAN DARAH
Setelah beberapa jam sampailah jururawat bagi menjalankan tugas beliau sebagaimana yang telah diamanahkan.Syukur Alhamdulillah dengan ilmu dan pengalaman yang ALLAH SWT berikan kelebihan pada saya akhirnya dapat juga saya menyambut bayi bersalin.Al maklumlah bukan senang nak dapat pengalaman seperti ni.Zaman sekarang semuanya sudah dihospital dan sedia menanti kelahiran.
JURURAWAT
Akhir kata kepada ibu-ibu bersalin bersiap sedialah untuk kelahiran anak anda.Bukan tak boleh lahir dirumah tapi seeloknya biarlah dihospital.Takut jika berlaku sebarang pekara yang x diinggini agar lebih selamat.
UNTUK SEBARANG PERTANYAAN ATAU TEMPAHAN PERBIDANAN BOLEH HUBUNGI ATAU WHATAPPS KETALIAN 012-700 8369/017-9983036
Tiada ulasan:
Catat Ulasan