Khamis, 14 Mei 2015

PENGENALAN


TRADISI WARISAN BONDA

 

 


Assalammualaikum wbth pada semua para pembaca yang budiman.Semoga anda semua sihat waafiat hendaknya.Tujuan kami menulis blog ini adalah ingin memperkenalkan syarikat TRADISI WARISAN BONDA yang telah diwarisi turun temurun berabadnya berkenaan PERUBATAN DAN RAWATAN ISLAM MELAYU TRADISIONAL.



Pengenalan TRADISI WARISAN BONDA:-
  • Dikenali dari turun temurun daripada tanah jawa yang diwarisi oleh ninda beliau bidan Esah & bonda beliau bidan Mak Mah yang telah digabungkan dari segi urutan & jamu rempah ratus tanpa bahan kimia serta pengawet.Kemudian telah di inovatifkan oleh Puan Anoor Azizah bilmas dan (suaminya)Encik Ahmad Faisal Bin Ishak agar ianya lebih dikenali dan menjadi sumber inpirasi pada semua pelanggannya.Dengan berkat dan kesabaran beliau lahirlah sebuah syarikat yang memberikan banyak kesan pada masyarakat yang dikenali sebagai  TRADISI WARISAN BONDA
  • Ditubuhkan : pada 14 Jun 2011
  • Alamat Berdaftar : No 02-30, Blok 25, Taman Cempaka, 81200 Tampoi , Johor Bahru, Johor.
  • No Pendaftaran : JM0598607-A
  • Perkhidmatan Syarikat : -
                - Urutan Mengandung,keguguran, Urutan Bersalin , Urutan Badan Biasa & Urutan Bayi/Kanak2
                - Memproses , Membekal, Menjual Produk Set Bersalin Lengkap Luaran.
                - Mengadakan Kursus Urutan Tradisional & Perbidanan
                - Konsultant Perbidanan


 PENGIKTIRAFAN



CONTOH DIANTARA PENGIKTIRAFAN
 





  • 2007 - SIJIL PEMBANTU PERTOLONGAN CEMAS SETIAP RUMAH ( A FIRST IN EVERY HOME CERTIFICATE ) PBSM Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

  • '2011 - KAJIAN Á STUDY ON MALAY POSTNATAL CARE IN JOHOR AND SELANGOR (Kementerian Kesihatan Malaysia )

  • 2011 - SEMINAR NUSANTARA 2011 "MENGLOBALISASIKAN PERUBATAN RUMPUN MELAYU " Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari ( Kementerian Kesihatan Malaysia )

  • 2011 - PROGRAM LATIHAN TEKNOLOGI REKABENTUK PEMBUNGKUSAN PEMBANGUNAN JENAMA & UNDANG-UNDANG SERTA PERATURAN PERLABELAN ( SIRIM BERHAD ) 


  • 2012 - KURSUS BIDAN KAMPUNG ( Kementerian Kesihatan Malaysia )

  • 2013 - DIALOG CAWANGAN PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI, JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR BERSAMA PENGAMAL PERUBATAN MELAYU & PENGUBATAN ISLAM. (Kementerian Kesihatan Malaysia ) 


  • 2014 - ROADSHOW AKTA PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLIMENTARI 2013 (AKTA 756) ( Kementerian Kesihatan Malaysia ) 


  • 2014 - KURSUS ASAS PERUBATAN ISLAM ( KAPI) TAQASSUS, PUSAT RAWATAN ISLAM  AL-FATEH ( Ustaz Sharhan Bin Safie - EXCO GABUNGAN PENGAMAL PERUBATAN ISLAM MALAYSIA - GAPPIMA ) 


  • 2015 - URUTAN ASAS REFLEKSIOLOGI ( Kolej Komuniti Bandar Penawar )

  • 2015 - SEMINAR HERBA UNTUK KESIHATAN & KESEJAHTERAAN ( Institut Of Bioproduct Development UTM - Professor Ramlan Aziz )



ETIKA PENGAMAL PERUBATAN ( PROFESIONAL) YANG DIPERAKUI OLEH KKM DALAM PERADABAN ISLAM & KEUSAHAWANAN 
  
  • PENGAMAL PERUBATAN DALAM ASPEK PROFESIONAL OLEH K.K.M
Pengamal perubatan dikehendaki mengenal etika S.O.P yang ditetapkan oleh kementerian kesihatan malaysia dalam merawat pesakit untuk menjadikan pemangkin semangat kerjaya dan alat memperkasakan diri serta membantu menyelesaikan masalah pesakit.

CIRI-CIRI AMALAN PAKAR PERUBATAN YANG BAIK

-Integriti profesional (amanah,cekap,tegas & telus)
-Kemahiran berkomunikasi dengan pesakit
-Merawat pesakit dengan hormat & kasih sayang
-Menjadikan team atau kumpulan pengamal perubatan yang aktif & berwibawa.


  • PERUBATAN MENGIKUT ISLAM
Yang dimaksudkan dalam mengamal perubatan islam.Para pengamal perubatan dikehendaki mensucikan diri/hati dari sebarang unsur negatif sebelum memulakan rawatan atau selepas rawatan.Kerjaya seorang pengamal perubatan selain memenuhi hajat pesakit/pelanggan secara langsung membantu menyelesaikan masalah kesihatan,berkomunikasi dengan baik,serta bersabar dapat membantu menaikan imej pengamal perubatan itu sendiri.Walaupun tinggi mana pun ilmu seseorang perawat itu jika tidak mengetahui peradapan islam maka ALLAH SWT,RASULLAH SAW dan para MALAIKAT tidak akan menyempurnakan segala kerja dan usaha yang perawat lakukan semasa rawatan.

CIRI-CIRI PERADABAN PENGAMAL PERUBATAN MENGIKUT ISLAM

-Niat seiring dengan perlakuan yang baik
-Jelas dan bijaksana dalam pengurusan diri & kerjaya
-Tegas dan telus dalam kekurangan & kelebihan diri pada pelanggan
-Mengurus mulut,mata, & telinga dengan cara RASULLAH SAW.
-Team work menjaga/berkonsepkan kasih sayang,peradaban,maruah & hak.


  • KEUSAHAWANAN
Semakin hari semakin bertambahnya umat nabi adam & hawa dimuka bumi ini telah menjadikan kekurangan kepakaran dalam bidang pengamal perubatan tradisional terutamanya berkenaan urutan badan,perbidanan & produk tradisional yang dipercayai turun temurun.Peluang dalam kerjaya perbidanan menjadi sangat meluas dengan kekurangannya bidan yang semakin hari semakin pupus.Dengan adanya bidan yang sedia ada pun masih tidak mampu untuk menampung permintaan ibu-ibu mengandung,bersalin atau berpantang.Malah bukan sahaja bangsa keturunan melayu sahaja yang mempercayai urutan tradisional ini tetapi bangsa lain pun turut sama mengunakan khidmat urutan tradisional.Oleh itu dalam keusahawanan kerjaya perbidanan adalah sangat penting dan memberikan kesan pada ibu-ibu berpantang & wanita.Hampir setiap hospital kerajaan & swasta telah membantu ibu-ibu bersalin melahirkan bayi.Selepas dari itu kerjaya perbidanan pula memainkan peranan penting membantu para ibu-ibu dirumah bagi menjaga tahap kesihatan ibu &bayi yang akan dipantau oleh kementerian kesihatan.

CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN/PELUANG SAINGAN KERJAYA

-Perkhidmatan urutan tradisional perbidanan rumah ke rumah
-Perkhidmatan urutan tradisional badan
-Menjual produk tradisional
-Perkhidmatan masakan berpantang
-Perkhidmatan urutan bayi & mandi bayi
-Perkhidmatan pakej berpantang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan