Sabtu, 30 Mei 2015

REZEKI ALLAH SWT...

MENYAMBUT KELAHIRAN

 


PENGALAMAN BERHARGA

Assalammualaikum wbth....khas buat pembaca semua hari ini.Today saya nak cerita tentang pengalaman rezeki di subuh hari.Jam 4.45 pagi 31 MAY 2015 tadi saya telah dikejutkan dengan panggilan seorang jiran meminta pertolongan yang mangatakan ada seorang ibu sedang melahirkan seorang bayi secara normal.Apalagi...terkejut dengan berita itu saya pun dengan sepantas kilat bersiap(dengan x sempat mandi) terus bergegas ke rumah ibu itu.Setiba sahaja saya sampai ibu itu masih meneran kesakitan untuk kelahiran,memang ALLAH SWT MAHA KUASA...saya cuba membantu ibu itu melahirkan kerana tidak sempat untuk ke hospital.Kepala bayi telah nampak dan semakin hampir untuk bersalin.




Syukur Alhamdulillah... ALLAH SWT  beri saya kekuatan membantu agar siibu dan anak selamat dilahirkan tanpa sebarang masalah.Saya cuba selamatkan bayi dahulu dan kemudiannya secara perlahan saya urut perut siibu secara perlahan untuk mengeluarkan darah beku dan paling pentingnya urinya.Untuk pengetahuan semua setelah melahirkan bayi diluar kawasan hospital JANGAN SESEKALI MEMOTONG TALI PUSAT BAYI kerana pihak hospital tidak akan mengiktirafkan kelahiran bayi tersebut.


 TALI PUSAT


 DARAH BEKU


 KESAN DARAH

Setelah beberapa jam sampailah jururawat bagi menjalankan tugas beliau sebagaimana yang telah diamanahkan.Syukur Alhamdulillah dengan ilmu dan pengalaman yang ALLAH SWT berikan kelebihan pada saya akhirnya dapat juga saya menyambut bayi bersalin.Al maklumlah bukan senang nak dapat pengalaman seperti ni.Zaman sekarang semuanya sudah dihospital dan sedia menanti kelahiran.



 JURURAWAT


Akhir kata kepada ibu-ibu bersalin bersiap sedialah untuk kelahiran anak anda.Bukan tak boleh lahir dirumah tapi seeloknya biarlah dihospital.Takut jika berlaku sebarang pekara yang x diinggini agar lebih selamat.

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN ATAU TEMPAHAN PERBIDANAN BOLEH HUBUNGI ATAU WHATAPPS KETALIAN 012-700 8369/017-9983036



Jumaat, 22 Mei 2015

TERATAK TRADISI WARISAN BONDA






     Assalammualaikum wbth kepada anda semua.Disini kami dari TRADISI WARISAN BONDA ingin memperkenalkan pusat perkhidmatan kami yang digelar TERATAK TRADISI WARISAN BONDA yang beralamat No 01-8b,Blok 25,Taman Cempaka,81200 Tampoi,Johor Bahru,Johor.

     Tujuan Utama TERATAK TRADISI WARISAN BONDA diwujud adalah supaya dapat memberikan keberkesanan,keutamaan dan keselesaan kepada para pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan.Di TERATAK TRADISI WARISAN BONDA kami menyediakan perkhidmatan urutan badan tradisional,mandian wap herba,mandian lulur,bertungku,berbekam angin,rendaman kaki,rawatan islam dan juga boleh mendapatkan produk-produk buatan islam.





Antara pakej-pakej perkhidmatan yang terdapat di Teratak Tradisi Warisan Bonda

1) PAKEJ BONDA RAHMAH
-Rendam Kaki + Sauna Herba + Lulur Herba + Urut Badan Tradisional
= rm 110/-

2) PAKEJ BONDA MARIAM
- Rendam Kaki + Urut Badan = rm 60/-
- Sauna Herba + Urut Badan Tradisional = rm 70/-
-Urut Badan Tradisional + Bekam Angin = rm70/-


3) PAKEJ BONDA AZIZAH
-Lulur Herba + Sauna Herba = rm 50/-
-Lulur Herba + Urut Badan Tradisional = rm 70/-
-Lulur Herba + Bekam Angin = rm 40/-


4) PAKEJ PENUTUP BERPANTANG
-Rendam Kaki + Sauna Herba/Bertangas Herba + Lulur Herba + Urut Badan Tradisional + Bertungku = rm 120/-


5) PAKEJ URUTAN KHAS UTK LELAKI
-Rendam Kaki + Urutan Badan Tradisional = rm70/-
-Rendam Kaki = rm25/-
-Urutan Badan Tradisional = rm60/-


6) PAKEJ-PAKEJ BIASA
-Rendam Kaki = rm 20/-
-Sauna Herba = rm 25/-
-Lulur Herba = rm 25/-
-Urutan Badan Tradisional = rm 50/-
-Bekam Angin = rm20/-
-Bertangas = 25/-


7)RAWATAN ISLAM KHAS UNTUK WANITA (Pengamal wanita)
-Saka
-Buatan Manusia
-Gangguan Mahluk Halus
-Masalah Dalaman Badan

Untuk keteranagan lanjut sila hubungi / whatapps ketalian 012-700 8369/017-9983036

Jumaat, 15 Mei 2015

KURSUS PERBIDANAN

KURSUS URUTAN TRADISIONAL PERBIDANAN
TRADISI WARISAN BONDA



SKOP UTAMA

Assalammualaikum wbth khas buat pembaca yang diingati selalu.Kali ini pihak syarikat TRADISI WARISAN BONDA telah mengorak selangkah lagi dengan mengadakan KURSUS URUTAN BADAN DAN PERBIDANAN yang bertujuan membantu melahirkan lebih ramai tenaga mahir terutamanya bidan kampung yang semakin hari semakin berkurangan.Kerna diatas permintaan ramai ibu-ibu bersalin dan berpantang menjadikan 1 sumber pihak syarikat TRADISI WARISAN BONDA mengadakan kursus tersebut.Mengikut pengalaman Bidan Puan Anoor (sebagai bidan TRADISI WARISAN BONDA) beliau sendiri mengakui bahawa beliau pun tidak berkemampuan memenuhi kehendak ibu-ibu bersalin dan berpantang kerana terlalu ramai dan tidak mencukupi masa.Bukan sahaja diperlukan oleh orang berbangsa melayu sahaja,malah bangsa lain pun turut mengakui perbidanan melayu dan ingin mendaptkan perkhidmatan  Bidan melayu.Oleh itu pihak syarikat telah mengaturkan modul-modul kursus dari sepanjang tahun pengalaman Puan Anoor menjalankan perkerjaan sebagai bidan dari turun termurun lagi.


Modul Pembelajaran

  1. Perkenalan perserta dan syarikat
-Perkenalan antara peserta(silatullrahim)
-Pengenalan mengenai syarikat TRADISI WARISAN BONDA
-Pengiktirafan syarikat
      

       2.  Etika pengamal perubatan

-Perubatan dalam aspek profesional oleh K.K.M
-Perubatan mengikut ajaran islam
-Perubatan tergolong dalam keusahawan



        3. Urutan badan tradisional(TRADISI WARISAN BONDA)

-Keutamaan urutan badan bagi setiap manusia
-keperluan dan kaedah urutan


         4. Penjagaan & Urutan ibu-ibu mengandung

-Sintom-sintom ibu-ibu mengadung
  a) trimester pertama
  b)trimester kedua
  c)trimester tiga
-Urutan badan ibu mengandung(cara)
-Rawatan tradisional melayu(cara islam)
-Penyediaan air selusuh
-Pengurusan uri / tembuni
  a)periuk tanah
  b)asam dan garam
  c)kain



          5. Penjagaan & Urutan berpantang secara normal

Penjagaan ibu-ibu bersalin Normal sangat mudah tetapi juga memerlukan berpantang dengan teliti bagi menantikan kelahiran yang akan datang.

-Kepentingan penjagaan berpantang(normal)
-Emosi ibu-ibu berpantang(normal)
-Penyediaan berpantang
  a)set bersalin
     -Param
     -Pilis
     -Tapel Perut
     -Mandian Herba
     -Bengkung
     -Tungku
     -Kain batik
     -Stokin
     -Baju Sejuk
  b)Set bayi
     -Daun sirih /Mengkudu(bayi lelaki)
     -Minyak telon
     -Bedak bayi
     -Bedung
     -Barut
     -Alcohol/Minyak Gamat(pusat)
     -Baju Bayi
     -Stokin & Sarung tanggan bayi
-Pakej Urutan badan Berpantang(TRADISI WARISAN BONDA)
  a)Bertangkas/Mandi wap herba
  b)Mandian Herba/Lulur Herba
  c)Urutan badan TRADISI WARISAN BONDA
  d)Bertungku
  e)Berparam
  f)Bertapal perut
  g)Berbengkung
  h)Berpilis
-Pakej Urutan Bayi TRADISI WARISAN BONDA
 a)Mandi Bayi
 b)Urutan Bayi
 c)Tuam Bayi(bagi Lelaki)
 d)Penjagaan Pusat Bayi
 e)Barut Bayi
 f)Bendung Bayi
-Tempoh mulanya sesi urutan berpantang(normal)
 a)Sehari selepas melahirkan
 b)Berpantang 40-44 hari



     6. Penjagaan & Urutan berpantang secara operation/c-zer

Penjagaan ibu-ibu yang Operation/C-zer memerlukan kesabaran yang tinggi kerna setiap pergerakkan ibu-ibu Operation terbatas.Penjagaan Opertaion/C-zer perlukan perhatian penting dan penjagaan rapi lebih daripada Normal.

-Kepentingan penjagaan berpantang(c-zer)
-Emosi ibu-ibu berpantang(c-zer)
-Penyediaan berpantang(c-zer)
  a)set bersalin
     -Param
     -Pilis
     -Tapel Perut
     -Mandian Herba
     -Bengkung
     -Tungku
     -Kain batik
     -Stokin
     -Baju Sejuk
  b)Set bayi
     -Daun sirih /Mengkudu(bayi lelaki)
     -Minyak telon
     -Bedak bayi
     -Bedung
     -Barut
     -Alcohol/Minyak Gamat(pusat)
     -Baju Bayi
     -Stokin & Sarung tanggan bayi
-Pakej Urutan badan Berpantang(TRADISI WARISAN BONDA)
  a)Bertangkas/Mandi wap herba (tidak dibenarkan sama sekali)
  b)Mandian Herba/Lulur Herba (elakkan terkena pada bahagian luka)
  c)Urutan badan TRADISI WARISAN BONDA
  d)Bertungku (elakkan terkena pada bahagian luka)
  e)Berparam (elakkan terkena pada bahagian luka)
  f)Bertapal perut (elakkan terkena pada bahagian luka)
  g)Berbengkung (elakkan ikat ketat pada bahagian luka)
  h)Berpilis
-Pakej Urutan Bayi TRADISI WARISAN BONDA
 a)Mandi Bayi
 b)Urutan Bayi
 c)Tuam Bayi(bagi Lelaki)
 d)Penjagaan Pusat Bayi
 e)Barut Bayi
 f)Bendung Bayi
-Tempoh mulanya sesi urutan berpantang(normal)
 a)5 hari selepas melahirkan
 b)Berpantang sekurangnya 100 hari



    7. Perbezaan diantara bersalin normal dan operation 

-Kedudukan urutan ibu berbantang ketika urutan
-Cara urutan operation berbeza denagn normal
-Cara menjaga bahagian jahitan(operation)


      8. Senarai amalan berpantang

-Gaya pemakanan & minuman berpantang

  a)Jenis ikan
  b)Jenis Ulam-ulaman
  c)Jenis Sayuran & Buah-buahan
  d)Jenis Ayam & Burung

-Gaya amalan dalam hari
  a)Pergerakkan ibu berpantang
  b)Berpakaian ibu berpantang
  c)Penjagaan bayi
  d)Pengurusan harian berpantang



      9. Penutup berpantang(TRADISI WARISAN BONDA)

-Rendaman kaki herba
-Mandian wap herba / Bertangkas
-Mandian Lulur Herba
-Urutan badan TRADISI WARISAN BONDA
-Bertungku

      
          10. Pengurusan bayi dan sintom-sintom kesihatan bayi

-Demam kuning
-Angin pasang
-Penyusuan badan
-Kembung perut
-Muntah-muntah
-Berkenaan najis bayi


*Untuk keterangan lanjut dan mengikuti kursus Urutan Badan dan Perbidanan khas untuk wanita sahaja boleh hubungi ketalian / whatapps ke 012-700 8369/017-9983036

Khamis, 14 Mei 2015

PRODUK

SET BERSALIN LENGKAP LUARAN
TRADISI WARISAN BONDA

Assalammualaikum wbth semua para pembaca yang dikasihi.Disini pihak syarikat kami telah mengeluarkan produk set bersalin lengkap luaran khas buat ibu-ibu berpantang.Untuk pengetahuan saudara saudari produk TRADISI WARISAN BONDA adalah suatu produk kampung yang dibuat 100% dari herba-herba terpilih secara turun temurun tanpa bahan-bahan kimia dan pengawet.

Harga set lengkap luaran :rm175.00

Produk-produk terdiri dari :-

PARAM/LULUR(2 IN 1)



FUNGSI
menggabungkan 2 fungsi dalam 1 ramuan yang bertindak sebagai lulur untuk kecantikan kulit dan menyingkirkan sel kulit mati, param sebagai agen sapuan diseluruh badan untuk kehangatan badan ketika berpantang melindungi badan daripada dimasuki angin,membersihkan daki-daki yang melekat pada badan dan bagus dalam melancarkan perjalanan darah.

CARA PENGUNAAN 
Hanya sesudu makan sahaja sebuk param digunakan kemudian dicampur dengan air suam atau sejuk kemudian dikacau sehingga sebati dan sapukan keseluruh badan(diingatkan supaya tidak disapu kepada alat sulit dan buah dada bagi ibu-ibu menyusu anak)

Harga : rm28.00

PILIS


FUNGSI
Pilis untuk disapu di dahi untuk mencegah masalah mata, pening kepala,melindungi badan daripada dimasuki angin dan berfungsi mengeluarkan angin dikepala.

CARA PENGUNAAN 
Hanya sesudu makan sahaja sebuk param digunakan kemudian dicampur dengan air suam atau sejuk kemudian dikacau sehingga sebati dan sapukan pada dahi


Harga : rm28.00


TAPAL PERUT 


FUNGSI
Tapal Perut berfungsi sebagai membakar lemak pada perut,mengempiskan perut,menghangatkan bahagian perut,dan menyusut bengkak pada peranakkan.

CARA PENGUNAAN 
Hanya sesudu makan sahaja sebuk tapel perut digunakan kemudian dicampur dengan air suam atau sejuk kemudian dikacau sehingga sebati dan sapukan pada dahi


Harga : rm28.00


MANDIAN HERBA


FUNGSI
Mandian Herba telah digunakan sejak turun temurun lagi.Fungsi mandian herba adalah menghilangkan rasa strees terutamanya pada ibu-ibu berpantang,mengharumkan badan,melancarkan saluran darah,melegakan badan dari kepenatan.


CARA PENGUNAAN
Ambil segengam daun mandian herba kemudian rebuskan sehingga warna air rebusan bertukar kepada coklat pekat.Toskan air rebusan mandian herba dan campurkan pada air mandian.Kemudian gunakannya sebagai mandian.


Harga : rm17.00


BENGKUNG BERTALI

FUNGSI
 Berbengkung sangat dikenali dari turun termurun bukan sahaja dikalangan orang melayu malah ianya digunakan oleh bangsa asing juga seperti di eropah dan lain-lain lagi.fungsi berbengkung adalah mengawal lemak pada perut ,merapatkan rahim yang membengkak,dan merampingkan badan

CARA PENGUNAAN
 Bengkung TRADISI WARISAN BONDA mudah untuk digunakan.Hanya pakai dan lilitkan tali pada tangkai lubang yang telah disediakan berselang-seli,kemudian ikat dipenghujung atas bengkung.


Harga : rm50.00


BEDAK RUAM BAYI 


FUNGSI
Menghilangkan ruam pada bayi,melembutkan kulit bayi dan mengelakkan kulit bayi dari kepanasan

CARA PENGUNAAN
Hanya sapu pada kulit bayi yang terkena ruam selepas mandi.


Harga : rm10.00

MINYAK TELON



FUNGSI
Menghangatkan serta menyamankan kulit bayi secara lembut,menghindarkan kembong perut,melegakan pernafasan bayi dan  mengelakkan perut bayi dimasuki angin.

CARA PENGUNAAN
 Hanya sapu pada perut,dada,belakang dada dan belakang betis kaki bayi dgn kadar yang selesa.


Harga : rm14.00

#Untuk keterangan lanjut atau berkenaan produk saudara-saudari boleh hubungi/whatapps ketalian 012-700 8369/017-9983036


PENGENALAN


TRADISI WARISAN BONDA

 

 


Assalammualaikum wbth pada semua para pembaca yang budiman.Semoga anda semua sihat waafiat hendaknya.Tujuan kami menulis blog ini adalah ingin memperkenalkan syarikat TRADISI WARISAN BONDA yang telah diwarisi turun temurun berabadnya berkenaan PERUBATAN DAN RAWATAN ISLAM MELAYU TRADISIONAL.



Pengenalan TRADISI WARISAN BONDA:-
  • Dikenali dari turun temurun daripada tanah jawa yang diwarisi oleh ninda beliau bidan Esah & bonda beliau bidan Mak Mah yang telah digabungkan dari segi urutan & jamu rempah ratus tanpa bahan kimia serta pengawet.Kemudian telah di inovatifkan oleh Puan Anoor Azizah bilmas dan (suaminya)Encik Ahmad Faisal Bin Ishak agar ianya lebih dikenali dan menjadi sumber inpirasi pada semua pelanggannya.Dengan berkat dan kesabaran beliau lahirlah sebuah syarikat yang memberikan banyak kesan pada masyarakat yang dikenali sebagai  TRADISI WARISAN BONDA
  • Ditubuhkan : pada 14 Jun 2011
  • Alamat Berdaftar : No 02-30, Blok 25, Taman Cempaka, 81200 Tampoi , Johor Bahru, Johor.
  • No Pendaftaran : JM0598607-A
  • Perkhidmatan Syarikat : -
                - Urutan Mengandung,keguguran, Urutan Bersalin , Urutan Badan Biasa & Urutan Bayi/Kanak2
                - Memproses , Membekal, Menjual Produk Set Bersalin Lengkap Luaran.
                - Mengadakan Kursus Urutan Tradisional & Perbidanan
                - Konsultant Perbidanan


 PENGIKTIRAFAN



CONTOH DIANTARA PENGIKTIRAFAN
 





  • 2007 - SIJIL PEMBANTU PERTOLONGAN CEMAS SETIAP RUMAH ( A FIRST IN EVERY HOME CERTIFICATE ) PBSM Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

  • '2011 - KAJIAN Á STUDY ON MALAY POSTNATAL CARE IN JOHOR AND SELANGOR (Kementerian Kesihatan Malaysia )

  • 2011 - SEMINAR NUSANTARA 2011 "MENGLOBALISASIKAN PERUBATAN RUMPUN MELAYU " Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari ( Kementerian Kesihatan Malaysia )

  • 2011 - PROGRAM LATIHAN TEKNOLOGI REKABENTUK PEMBUNGKUSAN PEMBANGUNAN JENAMA & UNDANG-UNDANG SERTA PERATURAN PERLABELAN ( SIRIM BERHAD ) 


  • 2012 - KURSUS BIDAN KAMPUNG ( Kementerian Kesihatan Malaysia )

  • 2013 - DIALOG CAWANGAN PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI, JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR BERSAMA PENGAMAL PERUBATAN MELAYU & PENGUBATAN ISLAM. (Kementerian Kesihatan Malaysia ) 


  • 2014 - ROADSHOW AKTA PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLIMENTARI 2013 (AKTA 756) ( Kementerian Kesihatan Malaysia ) 


  • 2014 - KURSUS ASAS PERUBATAN ISLAM ( KAPI) TAQASSUS, PUSAT RAWATAN ISLAM  AL-FATEH ( Ustaz Sharhan Bin Safie - EXCO GABUNGAN PENGAMAL PERUBATAN ISLAM MALAYSIA - GAPPIMA ) 


  • 2015 - URUTAN ASAS REFLEKSIOLOGI ( Kolej Komuniti Bandar Penawar )

  • 2015 - SEMINAR HERBA UNTUK KESIHATAN & KESEJAHTERAAN ( Institut Of Bioproduct Development UTM - Professor Ramlan Aziz )



ETIKA PENGAMAL PERUBATAN ( PROFESIONAL) YANG DIPERAKUI OLEH KKM DALAM PERADABAN ISLAM & KEUSAHAWANAN 
  
  • PENGAMAL PERUBATAN DALAM ASPEK PROFESIONAL OLEH K.K.M
Pengamal perubatan dikehendaki mengenal etika S.O.P yang ditetapkan oleh kementerian kesihatan malaysia dalam merawat pesakit untuk menjadikan pemangkin semangat kerjaya dan alat memperkasakan diri serta membantu menyelesaikan masalah pesakit.

CIRI-CIRI AMALAN PAKAR PERUBATAN YANG BAIK

-Integriti profesional (amanah,cekap,tegas & telus)
-Kemahiran berkomunikasi dengan pesakit
-Merawat pesakit dengan hormat & kasih sayang
-Menjadikan team atau kumpulan pengamal perubatan yang aktif & berwibawa.


  • PERUBATAN MENGIKUT ISLAM
Yang dimaksudkan dalam mengamal perubatan islam.Para pengamal perubatan dikehendaki mensucikan diri/hati dari sebarang unsur negatif sebelum memulakan rawatan atau selepas rawatan.Kerjaya seorang pengamal perubatan selain memenuhi hajat pesakit/pelanggan secara langsung membantu menyelesaikan masalah kesihatan,berkomunikasi dengan baik,serta bersabar dapat membantu menaikan imej pengamal perubatan itu sendiri.Walaupun tinggi mana pun ilmu seseorang perawat itu jika tidak mengetahui peradapan islam maka ALLAH SWT,RASULLAH SAW dan para MALAIKAT tidak akan menyempurnakan segala kerja dan usaha yang perawat lakukan semasa rawatan.

CIRI-CIRI PERADABAN PENGAMAL PERUBATAN MENGIKUT ISLAM

-Niat seiring dengan perlakuan yang baik
-Jelas dan bijaksana dalam pengurusan diri & kerjaya
-Tegas dan telus dalam kekurangan & kelebihan diri pada pelanggan
-Mengurus mulut,mata, & telinga dengan cara RASULLAH SAW.
-Team work menjaga/berkonsepkan kasih sayang,peradaban,maruah & hak.


  • KEUSAHAWANAN
Semakin hari semakin bertambahnya umat nabi adam & hawa dimuka bumi ini telah menjadikan kekurangan kepakaran dalam bidang pengamal perubatan tradisional terutamanya berkenaan urutan badan,perbidanan & produk tradisional yang dipercayai turun temurun.Peluang dalam kerjaya perbidanan menjadi sangat meluas dengan kekurangannya bidan yang semakin hari semakin pupus.Dengan adanya bidan yang sedia ada pun masih tidak mampu untuk menampung permintaan ibu-ibu mengandung,bersalin atau berpantang.Malah bukan sahaja bangsa keturunan melayu sahaja yang mempercayai urutan tradisional ini tetapi bangsa lain pun turut sama mengunakan khidmat urutan tradisional.Oleh itu dalam keusahawanan kerjaya perbidanan adalah sangat penting dan memberikan kesan pada ibu-ibu berpantang & wanita.Hampir setiap hospital kerajaan & swasta telah membantu ibu-ibu bersalin melahirkan bayi.Selepas dari itu kerjaya perbidanan pula memainkan peranan penting membantu para ibu-ibu dirumah bagi menjaga tahap kesihatan ibu &bayi yang akan dipantau oleh kementerian kesihatan.

CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN/PELUANG SAINGAN KERJAYA

-Perkhidmatan urutan tradisional perbidanan rumah ke rumah
-Perkhidmatan urutan tradisional badan
-Menjual produk tradisional
-Perkhidmatan masakan berpantang
-Perkhidmatan urutan bayi & mandi bayi
-Perkhidmatan pakej berpantang